UMNO Salurkan Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang

- Advertisement -

RAUB: UMNO hari ini menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang bagi meringan sedikit kesusahan yang dihadapi mereka.

Konvoi UMNO yang diketuai oleh Presidennya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad b Maslan dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana&Kebajikan UMNO Malaysia, Dato Seri Shahidam Kassim serta para sukarelawan telah mengagihkan bantuan tersebut di Sekolah Kebangsaan Kuala Dong, Raub kepada orang ramai yang terkesan akibat bencana alam banjir.

“Menyantuni mangsa banjir di PPS SK Kuala Dong, Raub, Pahang.

“Saya amat bersimpati dan mendoakan semoga semua keluarga mangsa akan segera dapat kembali pulang ke rumah masing-masing,” kata Ahmad Zahid Hamidi dilaman facebooknya. -SuaraTV

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 3 people, people standing

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat