Dedah Rahsia Parti, Buka Jalan Musuh Menyelinap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Drama penyingkiran Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berepisod malah menjadi perdebatan umum.

Kali ini bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi pula tampil menegur kelantangan Annuar mendedahkan rahsia UMNO yang dianggap menguntungkan lawan politik.

Kata Aziz,mutakhir ini perselisihan pendapat di kalangan pemimpin kanan agak terbuka.

Justeru menurut beliau, kesempatan ini diambil oleh pihak luar untuk terus memburukkan UMNO.

Beliau menasihatkan, ribut perlu diredakan, kehingaran perlu ditenangkan bahkan pertelingkahan perlu didamaikan.

“Jangan kerana habuan jawatan, ketua sanggup diperlekehkan. Jangan kerana kekananan, ketua mahu diketepikan.

“Rahsia tetap rahsia. Sulit usah dibiarkan sehingga menyulitkan. Jangan kerana digugurkan, rahsia dibuka, langkah dapat dihidu,” tegur Aziz.

Bahkan menurut beliau, UMNO sebuah perjuangan dan bermuafakatlah secara berkeluarga. Resam berjemaah, ikut imam.

“Sedar atau tidak, ada pihak luar sedang mengawal UMNO secara kawalan jauh.

“Jangan marahkan seekor nyamuk, kelambu dibakar,” tegur beliau.

Aziz secara sinis berkata, bagi mereka yang merencana mahu ke depan, tunggu pemilihan parti.

“Tunjukkan tauladan dan kepimpinan yang baik pada ahli supaya bila dipilih nanti, tetap dihormati.

“Tiada insan sempurna. Tapi dengan kerja berpasukan, kesempurnaan bakal terlihat.

“Jangan kita bergaduh, yang untung orang lain. Isi dan lemak dapat ke orang, tulang dan bulu pulang ke kita,” jelasnya.

Beliau memberitahu, apa yang penting perjuangan perlu ikhlas dan UMNO perlu diperkuat agar wadah perjuangan rakyat diteruskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat