“ Bersatu Curi Ahli PAS Pula” – Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas taktik dihidu dan dikecam akibat mencuri ahli UMNO, kini Bersatu mengubah percaturan politik pula.

Sasaran terbaru Bersatu kini, cenderung kepada merampas keahlian PAS yang juga sekutu akrab dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Razlan Rafii dalam catatan di Twitternya menggesa Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan supaya berhati-hati dengan ‘game plan’ Bersatu.

“Berhati-hati Takiyuddin, dalam seronok pegang jawatan, jangan lupa akar umbi PAS turut dicuri Bersatu.

“Ramai ahli PAS tidak bersetuju dengan Bersatu, mereka juga marah sebab Bersatu main curi-curi ni,” kata Razlan.

Dalam ciapannya, Razlan turut memuat naik tangkap layar status salah seorang ahli PAS Raub yang mendedahkan Bersatu Raub mengusik ahli-ahli PAS untuk menyertai Bersatu.

Katanya, tindakan Bersatu ini dianggap tidak beretika sesama rakan dalam perikatan (PN) dan mendesak taktik curi mencuri ahli sekutu ini dihentikan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat