Rakyat tulis surat hargai kecekapan Menteri Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sepucuk surat sampai ke Pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menyatakan penghargaan kerana kecekapan beliau menguruskan negara dengan baik dalam usaha mendepani pandemik Covid-19.

Dalam hantaran Facebook Friends of Dr Adham Baba surat itu dipaparkan yang menyatakan rasa terima kasih seorang rakyat Malaysia yang mahu dikenali sebagai “Hamba Allah” terhadap Menteri Kesihatan kerana menguruskan negara ini dengan baik dalam mendepani Covid-19.

“Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Adham baba atas sebab kecekapan beliau mengendalikan tugas beliau semasa MCO, dan juga dengan menamatkan PKPB di beberapa negeri baru-baru ini,” catat surat itu.

Dalam surat tersebut, penulis meminta agar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ditetapkan bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Menurutnya rakyat akan dapat pekerjaan yang stabil dan tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah lain bila langkah yang betul dibuat oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Susulan itu, lama Facebook tersebut mengucapkan terima kasih kepada penulis.

“Usaha memerangi Covid-19 ini adalah kerja yang penuh dedikasi dan komited oleh satu pasukan sebenarnya dan melibatkan seluruh warga barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terima kasih atas sumbangan semua rakyat Malaysia yang membantu KKM mendepani pandemik Covid-19 ini.

“Doakan agar semua petugas barisan hadapan KKM terus diberikan kekuatan untuk hadapi pandemik Covid-19 ini.

“Doa dan ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia ini adalah azimat terbaik untuk semua frontliners terus bekerja bagi memerangi wabak ini,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat