Mukhriz Dakwa Keputusan ROS Tolak Pendaftaran Pejuang Berunsur Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah untuk menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air merupakan satu “keputusan politik” kerana alasan yang diberikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak masuk akal, dakwa Presiden (Penaja) Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mengakui, keputusan tersebut telahpun dijangka sebelum ini.

“Kita dah agak perkara ini akan berlaku. Ini jelas membuktikan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tidak tenang sekiranya parti Pejuang didaftarkan secara rasmi,” kata Ahli Parlimen Jerlun itu kepada Astro AWANI.

Jelas beliau, alasan yang diberikan RoS adalah kerana permohonan yang diterima didapati “tidak teratur”.

“Kalau ada apa-apa kepincangan, kami jumpa beberapa kali dengan pegawai RoS. Mereka mempunyai banyak peluang untuk membangkitkan perkara ini.

Tambah Mukhriz, beliau mengesyaki langkah tersebut berunsur politik kerana parti itu mungkin menjadi ancaman kepada pihak tertentu.

“Kami diberitahu bahawa mereka menghantar nota maklumat kepada Menteri Dalam Negeri. Saya rasa bahawa agaknya ini keputusan politik.

“Pada anggaran kami, mungkin Menteri Dalam Negeri yang merupakan Setiausaha Agung Bersatu rasa bahawa wujudnya Pejuang ini satu ancaman kepada Bersatu,” dakwa Mukhriz.

Apabila ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain, beliau bagaimanapun memberi bayangan Pejuang masih mempertimbangkan beberapa pilihan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kami masih lagi terbuka kepada sebarang kemungkinan. Kami ada 4-5 opsyen yang boleh dipilih.

“Apa pun, kami berhasrat untuk menyertai PRU bukan sebagai calon bebas. Kita mesti mempunyai platform untuk menyertai PRU. Namun, apa platform itu kena tunggu dan lihat.”

Parti itu mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Pejuang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2020. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat