Rundingan MN 50 Peratus Selesai, Tiada Pertembungan UMNO, PAS – Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR – Rundingan pembahagian kerusi Muafakat Nasional (MN) sudah mencapai 50 peratus mengikut konsensus dan formula dipersetujui bagi memastikan tiada pertembungan antara Pas dan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembahagian kerusi dalam MN akan mengikut pembahagian kerusi dimenangi parti berkenaan pada PRU sebelum ini.

“Apabila kerusi kawasan itu dimenangi Umno sebelum ini, Pas tak akan letak calon dan begitu sebaliknya. Disiplin Pas amat tinggi dan kita tak ada masalah bab itu dan saya ingat parti lain pun sama.

“Jika calon sebelum ini lompat parti, itu dikira rundingan lain dan ia terpulang kepada parti masing-masing untuk letak calon lain atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah dan Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata, isu politik membabitkan Umno ketika ini diyakini tidak akan menjejaskan usaha memastikan pertandingan dua penjuru pada PRU-15.

Beliau berkata, masalah antara parti pasti akan berlalu, tetapi akhirnya diharap gabungan MN dan Perikatan Nasional (PN) diharap akan bertanding satu lawan satu menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Saya fikir isu yang berlaku ketika ini tidak akan menjejaskan hasrat kita untuk memastikan pertandingan dua penjuru.

“Selepas ini, kita jangka keadaan akan kembali pulih. Umpama ribut dalam cawan, lama-lama ia akan habis juga,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat