ATM bina jambatan sementara untuk penduduk kampung Lenchar

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

RAUB: Penduduk di Kampung Lenchar dan beberapa kawasan sekitar Ulu Dong dekat sini yang terputus hubungan selepas jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan Pekan Ulu Dong runtuh, kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan sementara dijangka siap dibina malam ini.

Satu-satunya jambatan yang menghubungkan penempatan 500 penduduk di kawasan berkenaan runtuh akibat hakisan tanah berikutan arus deras Sungai Dong pada Ahad lepas, menyebabkan mereka terputus hubungan hampir lima hari, manakala laluan lain yang ada, sangat jauh.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembinaan jambatan jenis ‘Compact Bailey 200’ itu nanti akan dapat menghubungkan jalan antara Perumahan Makmur Lechar Jaya dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong dan bandar Raub.

Menurutnya pembinaan jambatan sepanjang 26 meter dan lebar 7.35 meter itu mengambil masa antara lapan hingga 12 jam, yang dilaksanakan oleh Anggota 91 Rejimen Bantuan, Rejiman Askar Jurutera Diraja (RAJD).

“Kita jangkakan jambatan ini akan boleh digunakan bermula pukul 8.00 malam ini dan penduduk tidak perlu bimbang kerana jambatan ini boleh menanggung berat sehingga 60 tan.

“Jambatan ini akan terus digunakan sehingga jambatan baharu yang kekal siap dibina,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pemasangan jambatan sementara itu hari ini, dn turut hadir bersamanya ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Ismail Sabri berkata perancangan untuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang runtuh akan mula dilaksanakan Jabatan Kerja Raya Pahang pada Februari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata keanggotaan dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersiap siaga, dan ketika ini 5,000 anggota tentera telah digerakkan secara berperingkat selain aset seperti jentera berat, bot dan helikopter ke kawasan terjejas akibat banjir.

“Kita sentiasa bersedia, helikopter pun sudah sedia jika ada kecemasan untuk hantar mangsa yang sakit. Untuk jambatan Bailey pula, ATM ada 10 unit disediakan untuk banjir dan satu daripadanya kita guna di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof turut melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub hari ini.

Ketika ditemui pemberita di sini beliau berkata, selain memastikan agihan bantuan kepada mangsa banjir, kerajaan menerusi semua agensi terlibat juga kini fokus kepada inisiatif membantu penduduk terjejas untuk kembali ke rumah mereka.

“Menerusi lawatan ke kawasan dilanda banjir seperti hari ini, kita akan dapat pantau lokasi terjejas dan mengatur jenis bantuan yang boleh disalurkan selepas banjir,” katanya dan menambah bantuan disumbangkan bagi memastikan mereka yang terjejas boleh kembali menjalani kehidupan mereka pasca banjir.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ketua...

PKP: Mahkamah utamakan kes berkepentingan awam, perbicaraan Najib bersambung 27 Jan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh...