Tiga Projek Untuk Tioman Diluluskan TPM Serta-merta

- Advertisement -

ROMPIN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluluskan tiga projek baru untuk manfaat penduduk di Tioman.

Usul permohonan tiga projek itu dikemukakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tiga cadangan yang dikemukakan Wan Rosdy itu membabitkan ialah cadangan menaik taraf Jeti Kargo di Kampung Tekek, Pulau Tioman bernilai RM8 juta.

“Memandangkan Jeti Kargo sedia ada tidak sesuai dan tidak boleh digunakan sepenuhnya, maka penaiktarafan adalah sangat diperlukan. Ia mampu memberi kemudahan kepada penduduk serta pemborong dalam menjalankan aktiviti harian. Dan ini sudah pasti berupaya untuk dalam merancakkan perkembangan ekonomi penduduk tempatan.

“Kedua, cadangan membina baru Masjid di Felda Selendang, Kuala Rompin bernilai RM3 juta bagi menambahkan keselesaan kepada penduduk setempat.

“Ketiga, cadangan membina baru Mini Stadium di Kampung Kolam, Kuala Rompin bernilai RM15 juta. Kemudahan ini dijangka mampu memperhebat penganjuran segala aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan ini,” mohon beliau untuk perhatian Zahid pada Program Himpunan Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Rompin, pada Selasa.

Susulan itu, Zahid berkata, setakat tiga permohonan berkenaan, Menteri Besar pun boleh luluskan tidak perlu minta daripada Timbalan Perdana Menteri.

“Jika itu diminta maka bereslah, saya akan tunaikan sepenuhnya,” umum beliau. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat