MB Pahang Luluskan Stadium Mini Rompin

- Advertisement -

ROMPIN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail meluluskan pembinaan sebuah stadium mini di Rompin.

Menurut Wan Rosdy, pembinaan adalah untuk merealisasikan impian anak muda Rompin memiliki sebuah stadium mini bagi kemudahan melakukan aktiviti sukan dan riadah.

Jelasnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja membina lampu limpah

“Antara impian anak muda Rompin adalah memiliki sebuah stadium mini bagi kemudahan melakukan aktiviti sukan dan riadah.

”Membina sebuah stadium mini antara satu perancangan Kerajaan Negeri menambah baik fasiliti bagi meningkatkan aktiviti sukan dalam negeri ini.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja membina lampu limpah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bersukan siang dan malam.” kata Wan Rosdy selepas meninjau kerja-kerja pembinaan, di sini, pada Selasa.

Kata Wan Rosdy, beliau sendiri telah meninjau kerja-kerja sedang giat dijalankan.

Ini peringkat awal usaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi impian murni anak muda Rompin memiliki sebuah stadium mini tercapai, ujarnya lagi.

“Secara tidak langsung, padang ini akan menarik minat penganjur luar untuk datang ke Kuala Rompin sekaligus menaikkan aktiviti pelancongan serta merancakkan ekonomi penduduk setempat.” katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat