Sarawak Harap Kerjasama Baik Dengan Kerajaan Persekutuan – Amar Douglas Uggah

- Advertisement -

KUCHING – Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah berharap dapat bekerjasama rapat dengan menteri-menteri Persekutuan baharu dilantik yang terlibat dalam membangunkan lebih banyak jaringan jalan raya di Sarawak.

Beliau berkata menteri berkaitan adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan negeri berharap dapat berbincang dengan Ahmad Zahid mengenai bagaimana mendapatkan lebih banyak dana disalurkan ke Sarawak bagi tujuan berkenaan.

“Kita juga mempunyai beberapa cadangan bagaimana untuk mempercepatkan pelaksanaan projek luar bandar dan kita perlu memberikan taklimat kepada Ahmad Zahid mengenai pelbagai isu dihadapi dalam melaksanakannya,” katanya dalam kenyataan selepas menjalankan pemantauan bulanan projek pembinaan jalan raya dan jambatan di Kuching dan Samarahan di sini hari ini.

Uggah berkata, beliau sebelum ini pernah membincangkan isu berkenaan dengan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengenai pelantikan Nanta sebagai Menteri Kerja Raya, beliau menjangkakan ahli Parlimen Kapit itu akan meneruskan usaha menteri terdahulu Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bekerjasama dengan negeri untuk menambah baik perhubungan melalui jalan persekutuan.

“Kami amat bersyukur kerana seorang rakyat Sarawak sekali lagi menerajui kementerian yang sangat penting ini,” katanya merujuk kepada portfolio baharu Nanta. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat