Muhyiddin bersumpah tak ambil duit RM600 bilion

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melafazkan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” sambil menegaskan beliau tidak mengambil sesen pun wang RM600 bilion seperti yang didakwa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jumlah sebenar wang yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion, sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiskal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, satu sen pun wang itu saya tak ambil. Itu bukan duit saya, itu duit rakyat jelata.

“Kita belanja untuk bantu rakyat susah dan semuanya mengikut peraturan. Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk sebelah pembangkang dan beberapa rang undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk mendapat kelulusan termasuk rang undang-undang Covid-19 dan tambahan peruntukan.

“Semuanya ‘halalan toyyiban’ dan diluluskan kerajaan. Yang menguruskan hal ini adalah bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz yang kini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Maka Anwar boleh panggil Tengku Zafrul ke pejabat dan tanya betulkah RM600 bilion ini Muhyiddin ‘tapau’ semua? Kalau ‘tapau’, saya boleh hadap di mahkamah bila-bila masa,” kata Muhyiddin semalam, lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Anwar menafikan dakwaan menyatakan beliau mengeluarkan arahan supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Namun kata Anwar, setakat diketahuinya dan melalui maklumat pegawai, terdapat pelanggaran agak serius kerana ia melibatkan perolehan yang terlalu banyak.

Muhyiddin dalam sidang akhbar selepas itu berkata, Anwar selaku Menteri Kewangan juga boleh memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi mendapatkan taklimat mengenai perkara itu.

“Kena faham betul-betul dan jangan sebab ada satu atau dua orang manusia nak bangkitkan cerita, nak cari jalan menjatuhkan imej dan maruah kita, maka dibuat tuduhan melulu. Siasat betul-betul dan selepas itu barulah boleh keluar kenyataan.

“Beliau kata kemungkinan ada benda-benda itu (kesalahan). Jangan buat macam itu kerana sebagai Perdana Menteri, anda mesti bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan kerana ia perlu disandarkan kepada fakta serta bukti dan bukannya khabar angin,” kata Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat