Loke mohon maaf, tidak mahu ulas isu politik ketika sidang media kementerian

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan menjawab sebarang persoalan mengenai isu politik atau parti diwakilinya ketika berada di kementeriannya.

Menurutnya, itu pendiriannya dan beliau mahu wartawan memahami soal itu kerana fokusnya pada isu kementerian sahaja.

“Sebarang persoalan politik saya akan jawab jika berada dalam program parti sahaja dan bukan kementerian kerana itu merupakan pendirian saya.

“Bukan saya nak angkuh dan sombong. Bukan saya tak nak jawab soalan, kalau isu politik boleh tanya saya dekat luar ketika program parti. Kalau sidang media Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab isu-isu kementerian sahaja, itu pendirian saya,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Ekoran itu, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP turut memohon maaf kepada media yang hadir dan berharap agar media dapat memahami pendiriannya itu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa, DAP menikmati banyak manfaat walaupun tidak ramai ahli Parlimen parti itu terpilih memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menjawab ringkas dakwaan itu, Loke berkata, beliau tidak mahu mengambil serius dakwaan itu kerana apa yang penting ialah fokus kepada kementerian dipimpinnya.

“Biarlah pihak lain nak cakap apa itu hak dia, kita telah pun diberikan mandat dan tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat