Zahid ikrar tak jual Umno, BN bila kerjasama dengan DAP

- Advertisement -

ROMPIN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah sesekali menjual maruah Umno untuk kekal berkuasa dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Zahid yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno itu menegaskan, sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk kepimpinan BN dan PH mengadakan pertemuan khas untuk mengetahui pandangan DAP berhubung kedudukan agama Islam, penggunaan bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Tuan-tuan dan puan puan jangan takut, saya bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah bertemu dengan DAP kepimpinan DAP bersama-sama dengan 6 orang kepimpinan PH sebelum kerajaan ini dibentuk.

“Soalan yang pertama saya selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno bagaiaman kedudukan agama Islam jika kami bekerjasama dengan DAP, bagaimana kedudukan hak istimewa orang Melayu pada pandangan DAP, bagaimana kedudukan agama Islam jika kami bekerjasama dengan DAP, bagaimana kedudukan bahasa Melayu pada pandangan DAP, bagaiamana kedudukan Raja-raja Melayu pada pandangan dan ketetapan DAP?

“Apabila soalan itu saya majukan, Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke menyatakan kami DAP baru, kepimpinan baru, kami patuh dan akur sebarang perkara dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk empat perkara itu, jadi apa lagi persoalan kita? tegas Zahid pada Program Himpunan Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Rompin, pada Selasa.

Justeru, Zahid mengingatkan kepimpinan akar umbi supaya tidak khuatir dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menjual Umno.

“Di peringkat akar umbi atau peringkat cawangan atau peringkat bahagian jangan khuatir saya tidak akan pernah menjual Umno apatah lagi saya tidak akan pernah menjual BN.

“Apa yang lebih penting kita mesti menjadi kerajaan, apabila kita jadi kerajaan kita pastikan hak rakyat, kepedulian rakyat dan keperluan rakyat mesti diutamakan supaya Umno dan BN terus relevan di hati rakyat,” ujarnya.

Susulan itu, Zahid menyeru supaya rakyat menolak parti yang ekstremis dari segi agama, kaum mahupun bangsa.

“Kita tidak akan pernah menjual agama kita, kita tidak akan pernah menjual bangsa kita.

“Itu kita pertahankan sebagai akar tunjang kita tetapi kita melihat apa yang kita lakukan dengan keizinan Allah bukan untuk kepentingan sendiri, parti, agama, bangsa dan ahli Umno dan BN.

“Saya menyeru pengundi DUN Tioman sokong kerajaan Pahang dan Persekutuan di bawah panji Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid menegaskan bahawa apa sahaja yang beliau lakukan ialah untuk menyelamatkan Umno draipada ditelan Perikatan Nasional (PN).

“Apa yang saya lakukan selamatkan Umno dan BN daripada ditelan oleh ‘mangkuk-mangkuk hayun’.

“Parlimen kita cuma menang 30, sedangkan mereka menang 73 tapi takdir Allah sebaliknya yang 30 dapat jadi kerajaan manakala yang 73 jadi pembangkang,” ujarnya.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat