Anak Zahid Dilantik Pengerusi, Saham Melonjak Naik

- Advertisement -

CYBERJAYA: Saham syarikat pengilang acuan industri MQ Tech melonjak 50 peratus susulan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam laporan The Edge, saham MQ Tech diniagakan sekitar RM0.05 sehingga petang Jumaat ketika lantikan jemaah menteri diumumkan. Ia kemudian menyaksikan kenaikan harga seketika kepada RM0.06.

Ketika pasaran dibuka semula semalam, saham MQ Tech mencecah paras tinggi RM0.075.

Pada hari yang sama, MQ Tech mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa anak sulung Zahid, Datuk Nurulhidayah dilantik sebagai pengerusi kumpulan, bertukar peranan dengan Datuk Lim Char Boo, yang akan menjadi naib pengerusi kumpulan.

Nurulhidayah, 43, menyertai lembaga pengarah MQ Tech pada 2 Jun lalu.

Beliau juga menjadi pengarah eksekutif syarikat hartanah Menara Rezeki Sdn Bhd dan mengasaskan syarikat fesyen Couverture.

Menurut The Edge lagi, suaminya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff terlibat dalam rombakan lembaga pengarah di Jiankun International Bhd semalam.

Saiful Nizam dilantik semula sebagai presiden syarikat, selepas dua bulan menjadi timbalan pengerusi eksekutif.

Jiankun and Menara Rezeki mempunyai hubungan satu sama lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat