Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Dan DUN Tioman, SPR Sudah Bersedia Proses Pengundian Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Menjelang poses pengundian Pillihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bahagian Pilihanraya Parlimen P.017 Padang Serai dan Dewan Negari N.41 Tioman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, untuk kegunaan proses pengundian yang akan dijalankan esok.

Menurut laman web rasmi SPR, semakan ini untuk memastikan kesemua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian lengkap dan berkeadaan baik.

Sebanyak 46 Pusat Mengundi dan 230 Tempat Mengundi (Saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai yang juga melibatkan seramai 2,468 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian ini nanti.

Manakala bagi Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.42 Tioman, Pahang pula, sebanyak 17 Pusat Mengundi yang mengandungi 52 Tempat Mengundi akan dibuka melibatkan 506 orang petugas.

Seramai 132,955 orang pengundi bakal mengundi di Parlimen P.017 Padang Serai dan seramai 28,108 orang akan mengundi di Dewan Negeri N.42 Tioman, Pahang.

Adalah dimaklumkan juga, penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri, hanya bagi pengundi Dewan Negeri N.42 Tioman, Pahang yang hadir pada hari mengundi nanti.

SPR juga ingin mengingatkan para majikan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada 7 Disember 2022 nanti, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPR sekali lagi mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada jam 11.59 minit malam ini.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan selepas kematian calon yang disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN dan Pejuang, namun malam tadi BN memberi laluan kepada PH dan tidak bertanding.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat