Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani.

Laporan yang memetik sumber yang enggan mendedahkan nama itu menyebut kerajaan baharu yang akan dibentuk dalam masa terdekat itu nanti terdiri dari UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MBnya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani,” kata sumber itu seperti dilapor Astro Awani.

Sebelum ini Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.

Difahamkan lima Adun dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.

Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat