Sabah: Operasi Restoran, Kedai Serbaneka Sehingga 12 Malam Mulai Isnin Ini

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah membenarkan pengusaha restoran, kafe, dan gerai makan, penjaja serta kedai serbaneka di negeri itu beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 malam berkuat kuasa Isnin ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi kelonggaran kepada beberapa aktiviti ekonomi, hiburan dan perkhidmatan yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang akan dilanjutkan bagi tempoh 14 hari lagi sehingga 20 Dis.

“Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbayar dan sebagainya juga turut dibenarkan beroperasi dengan tidak melebihi lima orang dalam satu-satu masa serta tertakluk kepada saiz ruang dengan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hajiji berkata aktiviti busking, persembahan muzik dan nyanyian di lokasi tertutup dan dalam bangunan juga dibenarkan dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton seperti ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, dalam kenyataan, berasingan berkata sebanyak 391 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di negeri ini sebanyak 30,288 kes.

Beliau yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata sebanyak 189 kes atau 48.34 peratus daripada kes baharu itu adalah berpunca daripada saringan kontak rapat di 15 daerah, manakala 104 kes (26.60 peratus) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada.

Sebanyak 35 kes atau 8.95 peratus pula adalah daripada saringan bergejala, saringan komuniti 40 kes (10.23 peratus) dan 23 kes (5.88 peratus) adalah dari lain-lain kategori, katanya.

Beliau berkata seramai 263 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 sembuh di Sabah adalah seramai 27,309 orang.

Mengenai pengagihan bakul makanan, Masidi berkata, kerajaan Sabah sehingga kini telah mengagihkan sebanyak 273,235 bakul makanan kepada golongan sasar di semua daerah.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat