COVID-19: Kes Jangkitan Melebihi 66 Juta, Kematian 1.5 juta

- Advertisement -

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 66 juta iaitu sebanyak 66,374,385.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 14.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.6 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.5 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Russia dan Perancis.
Manakala Sepanyol, United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia, Mexico, Jerman dan Poland catat lebih sejuta kes.

Sementara itu, angka kematian kini melepasi 1.5 juta kes iaitu sebanyak 1,526,233.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 280,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 175,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 139,000 dan 108,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Iran merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat