‘Town Hall’ Jabatan Penjara : Program prospek, kurangkan kebergantungan tenaga kerja asing

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperincikan banduan ditahan di dalam penjara yang dipilih bagi inisiatif tahanan di rumah kelak, hanya membabitkan mereka yang melakukan kesalahan kecil dan bukan penjenayah tegar atau kesalahan serius.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah banduan ditempatkan di seluruh penjara kini mencecah 87,000 orang iaitu melebihi kapasiti maksimum 74,000 banduan .

Beliau berkata demikian pada sesi ‘town hall’ bersama Menteri Dalam Negeri di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang Semenyih by Pass dekat sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman; Timbalan Ketua Setiusaha KDN (Keselamatan), Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Dato’ Hj. Abdul Aziz Abdul Razak; Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh; Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Hj. Ahmad Faudzi Awang, dan Pengarah Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti, Komisioner Penjara, Zainah Pardi.

Saifuddin Nasution berkata, kementerian akan memperincikan Rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan rumah di Parlimen, pada Khamis ini.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan, sesi ‘town hall’ ini diperkenalkan kepada pemain industri dan majikan tentang program prospek dalam komuniti yang boleh diserapkan dalam sektor pekerjaan.

“Sesi ini dianjurkan bagi mendapatkan maklum balas berhubung cadangan pengambilan prospek dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Di samping itu, membuka keperluan kepada pemain industri dalam mengurangkan kebergantungan pekerja warga asing kepada prospek dalam komuniti dan ke arah usaha menjadikan 2/3 (dua pertiga) jumlah prospek layak menjalani pemulihan dalam komuniti,”menurut kenyataan itu di sini.

“Cadangan ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah banduan yang meningkat melalui usaha rentas dan pelbagai inisiatif Reformasi Penjara (Prison Reform).

“Ianya termasuk program pemulihan dalam komuniti yang bukan sahaja memberi manfaat kepada prospek serta ahli keluarga malahan kepada negara dalam mengurangkan kos tanggungan operasi institusi penjara,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sesi ini turut melibatkan majikan dari pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perladangan, perindustrian dan pembinaan.

Selain itu, persatuan-persatuan majikan serta agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), PERKESO Azirruan Arifin telah mengupas tajuk ‘Mengurangkan Kebergantungan Kepada Pekerja Asing melalui Pengambilan Prospek Yang Menjalani Program Pemulihan Dalam Komuniti’. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat