Akmal hairan Tony Pua pertahan FashionValet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh membidas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang dilihat membela dan mempertahankan pengurusan FashionValet Sdn Bhd (FV) yang dianggap sebagai tindakan menganiaya dan memalukan usahawan syarikat itu secara berlebihan.

Dr Akmal memberitahu kerugian yang dicatat FashionValet itu melibatkan dana awam dengan jumlah yang besar.

“Buat bisnes untung rugi adalah perkara biasa, tetapi yang luar biasanya adalah meletakkan dana awam yang besar kepada syarikat yang mencatatkan kerugian 5 tahun berturut sebelumnya.

“Ada lagi yang luar biasa bila ada orang mempertahankannya.

“Dia ni tahu tak,rakyat kat bawah ni nak pinjam RM10,000 buat bisnes pun payah nak dapat. Tak pe lah,bodoh itu percuma dan teruskan lah kebodohan itu.

“Oh ya lupa,dia ni bekas setiausaha politik menteri kewangan the hidden tunnel negara pasir berdengung,” tempelak Adun Merlimau itu dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, polemik yang menimpa FashionValet kerana mengalami kerugian, selain pengurusan syarikat itu terpalit pelbagai dakwaan salah laku dianggap Tony Pua sebagai tindakan menganiaya dan memalukan usahawan syarikat itu secara berlebihan.

Menurut bekas Setiausaha Publisiti DAP itu tindakan sedemikian dibimbangi boleh mewujudkan budaya yang akhirnya merisikokan langkah pembuat keputusan dalam sesebuah syarikat pelaburan untuk mengambil sebarang risiko melabur dalam syarikat seperti itu nanti.

Tony Pua yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2018, menyuarakan kebimbangannya Malaysia berkemungkinan bakal kerugian jika usahawan muda tempatan tidak diberi peluang untuk mengembangkan idea mereka dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya, rentetan daripada apa yang berlaku itu, beliau tidak menolak kemungkinan ramai usahawan muda tempatan akan berhijrah ke negara lain seperti Singapura yang menyediakan banyak akses lebih baik kepada usahawan seperti mereka.

Mengulas kerugian dicatatkan FashionValet, Tony Pua tidak menolak kemungkinan wujud salah laku atau kepincangan dalam pengurusan syarikat itu.

Beliau juga berasakan gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap FV suatu yang kelakar baginya.

Bagaimanapun, beliau menuntut pihak yang kerap kali menimbulkan dakwaan mengenai syarikat itu terpalit salah laku supaya mengemukakan bukti.

“Adakah ini bermakna tiada salah laku atau salah pengurusan dalam FV?. Kita tidak tahu, mungkin ada.

“Tetapi mereka yang mengkritik setakat ini tidak mengemukakan bukti mengenainya, semua orang hanya mengulang-ulang kerugian lebih 90 peratus dalam pelaburan itu,” katanya.

FV Ketika ini yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan ditanggung Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.

Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017, berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.

Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat