Jom tonton dan menang Telefilm Misteri Roh Pulau Penunggu yang telah disiarkan di Asrto first

- Advertisement -

Telefilm bergenre seram “Misteri Roh Pulau Penunggu’ menceritakan kisah sekumpulan tujuh pelajar kolej yang melakukan ekspedisi mencari roh di sebuah pulau yang mempunyai sebuah banglo lama terbiar.

Ketika berada di rumah itu bermula lah bermacam peristiwa pelik yang berlaku kerana mereka sebenarnya dilarang memijak kaki di Pulau Penunggu.

Mereka dikuasai oleh hantu dan roh-roh kejam pulau tersebut sehingga di rasuk. Apakah mereka selamat atau mati dibunuh?

Saksikan telefilm berjudul Misteri Roh Pulau Penunggu yang telah ditayangkan melalui Astro First sejak 2 November 2023 lalu.

Penonton yang melanggan rancangan telefilm terebut juga boleh memenangi hadiah menarik berupa kepingan emas hampir 1 gram bahkan dari setiap langganan penonton juga akan menyumbang kepada Tabung Amanah Anak Palestin Yayasan Nurjiwa.

Pernerbit telefilm Misteri Roh Pulau Penunggu Dato Rosli Hj Bujang mengatakan, “Kami sasarkan lebih daripada RM300.000 dapat diperoleh di mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza, “

Menurut Rosli dalam usaha mengumpul dana, pihak penerbit, Advance Idea Concept memberitahu, akan mengadakan cabutan bertuah setiap 3 hari sekali bermula 7 November 2023 kepada penonton yang melanggan telemovie berkenaan di Astro First.

Antara hadiah menarik adalah sumbangan dari Fingold, Bateriku.com, JWW Marriot dan banyak lagi.

Sementara itu, selaku penulis skrip Keena memberitahu, ketika menulis ceritanya beliau memang membayangkan mahu mengumpul dan menggabungkan barisan artis yang terdiri daripada program realiti sepert Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Mentor mahu pun program lawak.

“Kerana itu barisan pelakon yang membintangi telemovie ini adalah gabungan peserta-peserta program realiti tv,” ujar Keena.

Selain Putra Amaris, Keena, Tom, Erul, Faizzal dan Azlee, artis realiti mahupun pelakon dan penyanyi muda lain yang terbabit dalam telemovie ini adalah Hezry Gegar Lawak, Farhan Maarob dan Siti Aida Aieril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat