Pertemuan tertutup Hajiji bersama ADUN Kerajaan : Isyarat awal pembubaran DUN Sabah?


KOTA KINABALU — Satu pertemuan tertutup antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri di Menara Kinabalu petang ini mencetus spekulasi besar mengenai kemungkinan berlaku pembubaran DUN Sabah dalam masa terdekat.

Menurut notis rasmi yang dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi Ketua Menteri, majlis berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu hari ini. 

Beberapa sumber yang rapat dengan pentadbiran Hajiji memberitahu Suara TV bahawa perjumpaan itu diadakan susulan beberapa perkembangan politik mutakhir di Sabah.

Tiada pengesahan sama ada Ketua Menteri akan membuat kenyataan rasmi selepas pertemuan itu, namun difahamkan beberapa media utama telah diundang bagi membuat liputan di lokasi majlis berkenaan.

Sementara itu, beberapa ADUN kerajaan yang dihubungi hanya mengesahkan kehadiran mereka, tanpa mengulas lanjut mengenai agenda perbincangan.

Desas-desus mengenai pembubaran DUN Sabah telah berlegar sejak bulan lalu selepas timbul beberapa isu dalaman antara komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Majlis ini dijangka dihadiri hampir kesemua ADUN kerajaan termasuk dari parti komponen GRS, Bersatu, PBS, dan wakil Bebas yang menyokong pentadbiran Hajiji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat