PRK Pelangai: SPR sasar 75 peratus keluar mengundi esok

- Advertisement -

BENTONG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi sehingga 75 peratus ke atas berbanding 78 peratus sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh juga menyeru semua pengundi dapat keluar mengundi supaya dapat semarak semangat demokrasi.

Menurutnya lagi, keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai dijangka diumumkan seawal jam 9 malam.

Jelas beliau lagi, pengiraan undi dibuat membabitkan sembilan pusat mengundi dan 30 saluran di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

“Kita menyeru semua pengundi dapat keluar mengundi supaya dapat semarak semangat demokrasi.

“Harap pengundi keluar mengundi ikut masa ditetapkan dan jangan lupa bawa kad pengenalan,” katanya ditemui selepas meninjau persiapan PRK DUN Pelangai di sini pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Disamping itu, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memasuki hari terakhir hari ini, dan esok adalah hari penentuan calon yang bakal dipilih 16,456 pengundi sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu.

Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

PRK DUN Pelangai diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Perikatan Nasional (PN) menampilkan semula bekas guru yang juga calon gabungan itu pada PRU15 lalu, Kasim Samat yang mesra dengan panggilan Cikgu Kasim.

BN pula meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam, manakala seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga bertanding merebut kerusi tradisi UMNO itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat