Zahid adakan pertemuan tertutup bersama ADUN BN Johor malam tadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suatu pertemuan tertutup antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama 40 Adun BN Johor diadakan pada malam tadi.

Selain Onn Hafiz, pertemuan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Bernama melaporkan, turut juga kelihatan ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Datuk Puad Zarkashi, yang juga Speaker DUN Johor.

Dalam hantaran Facebook Bernama, agensi berita itu melaporkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang dipercayai membawa Zahid tiba di kediaman rasmi menteri besar Johor pukul 8.16 malam tadi.

Hantaran video Bernama memaparkan beberapa kenderaan memasuki kediaman tersebut di Saujana, Johor Bahru.

Perjumpaan ini di tengah-tengah spekulasi Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir.

Terdahulu, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memohon membubarkan parlimen minggu ini dan spekulasi mengatakan naib presiden UMNO itu akan mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sebelum itu, Ismail memberitahu bahawa menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah rutin lazim buat seorang perdana menteri setiap minggu sebelum mesyuarat kabinet.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam juga telah mengumumkan kerajaan negeri yang diterajui PH tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing jika perdana menteri membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat