- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 3.49 petang Khamis.
Perdana Menteri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4 petang.
Ismail Sabri kelihatan ceria sambil melambai kepada petugas media di pekarangan Pintu 1 Istana Negara.
Difahamkan Perdana Menteri akan membentangkan urusan Kabinet kepada Agong dan cadangan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berkesempatan.