15 Adun PH, Bebas Bantah Bubar DUN Melaka, Rancang Serah Memorandum Kepada Agong

- Advertisement -

MELAKA – Seramai 15 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Melaka akan bertolak ke Istana Negara, Kuala Lumpur esok, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memaklumkan perkara itu, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, tindakan berkenaan dibuat susulan ketidakpuasan hati terhadap isu dwi standard dalam pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, ia dicadangkan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan dipersetujui oleh barisan ADUN yang lain selepas mendakwa, menjadi mangsa ‘pilih kasih’ ekoran pembubaran dibuat secara tergesa-gesa.

“Kami sedih kerana 15 wakil rakyat berjaya membentuk majoriti secara fizikal dan undang-undang, tetapi kami telah menjadi mangsa double standard mereka (kerajaan negeri).

“Idris mencadangkan kesemua kami 15 ADUN untuk menghantar memorandum kepada Seri Paduka esok dengan menaiki bas ke Istana Negara untuk menyelesaikan krisis ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya lagi, pengisytiharan pembubaran melalui Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri juga menimbulkan kesangsian.

“Keputusan pembubaran DUN ini tidak wajar dan mengikut laporan akhbar juga, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri sehingga Khamis ini.

“Kami sebulat suara dan dengan rendah diri menyatakan ketidakpuasan hati kerana kami tidak dapat bertemu dengan Mohd. Ali, tetapi Ab. Rauf pula boleh berjumpa dengannya. Sepatutnya pertemuan secara dalam talian boleh dilakukan sepertimana dibenarkan dalam sidang DUN sebelum ini,” jelasnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat