Idris Haron Nafi Dakwaan Mahu Jatuhkan Kerajaan Melaka

- Advertisement -

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan terbabit dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Ketika dihubungi menerusi Whatapps hari ini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, berkata tidak faham mengapa ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan dakwaan berkenaan.

Katanya, beliau sememangnya tiada sebarang masalah dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika ini.

“No such thing (tiada perkara sebegitu). Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sebelum ini beliau antara yang akan menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam gerakan itu, Idris berkata:

“Tiada `lompatan’ dan (saya) tiada masalah dengan CM (Ketua Menteri),” katanya.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan kepada media Idris yang juga EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri dilaporkan berkata, sebilangan kecil ADUN UMNO tidak boleh mempengaruhi kumpulan yang lebih besar untuk menukar kerajaan negeri.

Idris sebelum ini dikaitkan dengan empat ADUN kerajaan yang akan menyokong PH membentuk kerajaan negeri baharu bersama PH.

Malah mereka turut didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong PH.

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) yang turut dikaitkan menafikan dakwaan itu sebelum ini dan menegaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana parti pembangkang.

Jumaat lalu, media melaporkan keadaan politik Melaka dipercayai bergolak apabila empat ADUN yang mendukung kerajaan negeri, didakwa bakal melompat ke parti pembangkang.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh dijangka membuat sidang media dalam tempoh terdekat berhubung perkembangan situasi politik di negeri itu.

“Saya akan mengadakan sidang media dalam sehari dua ini, sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri. Harap bersabar,” katanya ketika dihubungi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat