Pertaruh Nyawa Rakyat Demi Kuasa, Mukhriz Cadang Tarik Balik PRN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Adakah nyawa rakyat Melaka dan Malaysia hendak dipertaruhkan semata-mata untuk mengekalkan atau merampas kuasa kerajaan negeri,” soal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tegas beliau, pertelingkahan dalaman UMNO tidak sepatutnya mengheret seluruh rakyat Melaka ke dalam kancah politik melalui pilihan raya yang tidak perlu ketika Melaka baru naik ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tidakkah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sudah menitahkan agar dikurangkan suhu politik dan diutamakan kesejahteraan rakyat?

“Sebaiknya keputusan untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan mengadakan pilihan raya negeri ditarik balik atas kepentingan nyawa rakyat,” cadang Mukhriz .

Beliau berkata, pimpinan UMNO dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri dituntut untuk ketepikan kepentingan peribadi dan parti, hentikan politik toksik, dan sebaiknya meletakkan kepentingan rakyat terkehadapan.

“Parti Pejuang sama sekali menolak tindakan UMNO untuk mengadakan PRN di Melaka susulan penarikan sokongan oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari UMNO dan Bersatu terhadap wakil UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Ketua Menteri.

“ Pada hari ini sahaja terdapat 9,380 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara. Dari jumlah itu, 200 kes adalah di Melaka.

“Sepatutnya kepimpinan UMNO dan PN peka dengan keadaan kadar jangkitan COVID-19 yang menular ke seluruh negara sejurus selepas Pilihan raya Negeri Sabah,” tegas Mukhriz dalam kenyataan pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat