Tuan Ibrahim Berterima Kasih Syarikat Air Negeri Lain Bantu Bekal Air Di Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan penghargaan terima kasih kepada tiga syarikat pengendali bekalan air Johor, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan yang tampil membantu membekalkan air ke kawasan dan premis terjejas di Selangor.

“Terima kasih kepada syarikat operator air Ranhill SAJ Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Berhad, Syarikat Air Negeri Sembilan dan Lembaga Air Perak yang membantu membekalkan air ke premis kritikal yang terjejas (di Selangor),” katanya, dipetik dari Facebook beliau hari ini.

Bantuan daripada keempat-empat syarikat pengedali bekalan air itu menyusul selepas Syarikat Air Selangor Sdn Bhd terpaksa menghentikan operasi dua loji rawatan air (LRA) berikutan pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih.

Ratusan ribu rakyat Selangor meliputi 274 kawasan dalam wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas kerana masalah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan syarikat Air Selangor memaklumkan beberapa kawasan yang terjejas dijangka mula menerima kembali bekalan air seawal tengah malam ini secara berperingkat hingga petang Jumaat ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat