Dakwaan Azmin Ali Positif Covid-19 Itu Berita Palsu, Kata SUA Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan tamat kuarantin di rumah Jumaat depan’.

Itu jelas Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Mohamed Azmin, Adlin Zabri mengenai satu status yang tular di Twitter yang mendakwa Mohamad Azmin dan seorang lagi Menteri Kabinet positif Covid-19.

“Fake news. (Azmin) kuarantin kendiri di rumah. Sebab itu beliau tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang diadakan pada Sabtu lalu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam satu entri di Twitter, pelayar @TanggaPMO, mendakwa Mohamed Azmin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin enggan ke hospital bagi mendapat rawatan.

“Azmin Ali dengan Hamzah dengar kata tak mau pergi hospital.

“Lama jugak tak nampak @hilmanidham dan @afifbahardin di pejabat,” dakwa pengguna media sosial itu.

Desas desus itu dikuatkan lagi apabila pelayar @The_Mamu yang mendakwa kedua-dua mereka positif Covid-19.

“Saya dengar khabar ada dua lagi menteri positif covid, tapi taknak pegi hospital.. konon mahu treatment private di rumah. Mungkin malu nak kena angkut dengan ambulan. Ya lah.. VIP,” ciap beliau, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa sebanyak tujuh menteri dan enam timbalan menteri termasuk beliau sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah untuk tempoh 14 hari.

Ini ekoran status Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Sebelum ini, seramai lima menteri Kabinet dilaporkan sedang menjalani kuarantin selepas pulang berkempen daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada penghujung September lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti disyorkan kerajaan.

Antaranya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat