Ranhill SAJ Hantar Lori Tangki Bantu Agih Bekalan Air Di Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Syarikat pengendali bekalan air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) telah menghantar 5 buah lori tangki air bagi membantu mengagihkan bekalan air bersih ke kawasan yang terjejas di Selangor berikutan masalah pencemaran Sungai Semenyih.

“Ranhill akan SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan (bekalan) air ke kawasan yang terjejas sebaik lori tangki terbabit tiba hari ini,” kata syarikat menerusi kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor memberitahu ini adalah kali kedua syarikat itu menyertai misi membantu syarikat Air Selangor.

“Semoga usaha kali ini juga mampu membantu pihak Air Selangor dalam menangani masalah bekalan air tersebut,” ujarnya.

Pencemaran yang dikesan berlaku di Sungai Semenyih sejak semalam telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sementara waktu.

Ratusan ribu rakyat Selangor meliputi 274 kawasan dalam wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas kerana masalah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan syarikat Air Selangor memaklumkan beberapa kawasan yang terjejas dijangka mula menerima kembali bekalan air seawal tengah malam ini secara berperingkat hingga petang Jumaat ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat