Sekatan Perjalanan Keluar Sabah Dipinda 12 Hingga 25 Oktober 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melanjutkan pelaksanaan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung , Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020.

Pengumuman lanjutan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan penumpang terkandas memandangkan arahan dikeluarkan dalam tempoh singkat.

“Saya memberi jaminan notis ini mencukupi supaya tiada siapa yang akan terkandas.

“Jadi kita bagi lebih masa iaitu bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, petang tadi Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 7 Oktober dan berakhir 20 Oktober 2020.

Keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu di ambil susulan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negeri Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat