Seremban – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan sokongan penuh serta taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Dalam kenyataan hari ini, Ismail berkata beliau mengambil maklum kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026, namun menegaskan fokusnya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Apa jua pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka,” katanya.
Kenyataan itu susulan dakwaan Undang Yang Empat bahawa Ismail telah menandatangani proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 3 Ogos lalu.



