Tiga kapal pengawal pantai China dikesan di perairan ZEE Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga buah kapal pengawal pantai China dikesan berada di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia di Laut China Selatan pada pagi, menurut pemerhati maritim antarabangsa, Ray Powell.

Powell menerusi ciapannya di dalam platform X memaklumkan, ketiga-tiga buah kapal pengawal pantai China itu yang dikesan berada di dalam perairan ZEE Malaysia di Laut China Selatan itu dikenalpasti CCG 5403, CCG 5102 dan CCG 5402.

Powell tidak menyatakan sama ada kapal-kapal peronda milik Malaysia berada berhampiran, namun kebiasaannya, kapal-kapal peronda negara sama ada daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berada tidak jauh daripada kapal-kapal penguatkuasa China itu melakukan “shadow.”

Powell adalah bekas kolonel Tentera Udara Amerika Syarikat dan adalah ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford, lapor portal Defence Security Asia pada 3 Sept lalu.

Aplikasi penjejakan kapal menunjukkan kapal-kapal pengawal pantai China CCG 5403 dan CCG 5102 dipercayai berada berhampiran dengan kawasan pembangunan gas Kasawari yang sedang diusahakan oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas di Blok 316 yang jelas berada di dalam kawasan perairan ZEE milik Malaysia.

Petronas Carigali, anak syarikat penuh Petronas merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan dan adalah operator Lapangan Gas Kasawari itu yang dianggarkan bernilai berbillion-billion ringgit.

Ditemui pada Novermber 2011, Lapangan Gas Kasawari di Blok SK316 di luar pantai Sarawak dalam Laut China Selatan itu dianggar menyimpan sebanyak tiga trillion kaki padu (Trillion Cubic Feet –TCF) sumber gas asli yang boleh diekstrak, diproses dan dikomersial.

Penemuan Lapangan Gas Kasawari oleh Petronas itu hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai antara negara pengeksport gas asli dibekukan (Liquified Natural Gas – LNG) terbesar dunia.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak di dalam kawasan wilayahnya walaupun terdapat permintaan China untuk menghentikan serta-merta aktiviti di perairan Sarawak itu.

Anwar berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara, tetapi akan menjelaskan kedudukannya kepada China.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat