Ustaz Wan Hamidi bin Wan Mat, seorang pesakit diabetes selama lebih dari belasan tahun, berkongsi pengalaman luar biasanya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin. Ustaz Wan Hamidi telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.
“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik,” kata Ustaz Wan Hamidi. “Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan. Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini.”
Keadaan Ustaz Wan Hamidi semakin memburuk apabila beliau diserang COVID-19 pada waktu pandemik, yang menyebabkan beliau hampir ditidurkan akibat komplikasi serius. Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, Ustaz Wan Hamidi mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.
Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari pusat D’Jue wellness. “Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr. Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” tambahnya.
Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan. Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.
“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya. Dalam masa sebulan, bacaan HbA1c Ustaz Wan Hamidi turun kepada 5.7, satu pencapaian yang mengagumkan.
pusat D’Jue wellness, yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Dr. Jue atau nama sebenarnya adalah Dr Siti Juariah Kusni, telah membantu lebih daripada 4,000 pesakit kronik untuk pulih melalui kaedah pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang. Dr. Jue sendiri pernah menghadapi penyakit kronik, dan berjaya sembuh sepenuhnya melalui perubahan diet yang ketat, sebelum menubuhkan pusat kesihatan tersebut. Kini, ramai pesakit yang beralih kepada Jue Wellness sebagai alternatif kepada rawatan ubat-ubatan konvensional.
Dengan pendekatan yang inovatif dan berkesan ini, pusat D’Jue wellness terus memberikan harapan baru kepada pesakit-pesakit diabetes dan penyakit kronik lain.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D’Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my