Zaki teruja hasil versi baharu Gadis Melayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Zaki Yamani, 16, berdebar namun teruja bakal melancarkan versi baharu Gadis Melayu yang juga pernah dipopularkan bapanya Datuk Jamal Abdillah pada Khamis ini.

Zaki berkata bapanya sendiri pun tidak tahu sebenarnya mengenai versi baharu itu. Menurutnya dia berharap versinya diterima baik selain tidak dibandingkan dengan nyanyian Jamal.

“Baru-baru ini saya menyanyikan lagu itu bersama bapa. Dari situlah mak saya sukakannya dan mencadangkan agar merakamkan versi baharu itu.

“Bapa saya tak tahu pun sebab saya memang banyak berahsia daripadanya mengenai apa saja aktiviti dilakukan. Lagipun lagu itu dipopularkan bapa daripada penyanyi lain.

“Ada suntikan elemen comel-comel sedikit, dimudakan, tapi tidak lari jauh dari irama asal. Saya pun takut juga sebab suara saya pun semakin matang. Saya sudah cuba sedaya-upaya untuk tidak disamakan dengan bapa,” katanya.

Menurut Zaki, dia akui hala tuju muziknya juga semakin matang. Justeru, dia mahu mencabar kemampuannya untuk mencuba genre pop pula.

“Dulu sewaktu baru bermula dalam industri, saya lebih cenderung kepada lagu rap. Tapi bila semakin berusia, saya sudah mula minat lagu berentak pop etnik.

“Lagu Gadis Melayu berentak pop yang rancak. Jadi, saya kena betul-betul kuasai lagu itu kerana benar-benar mencabar dan laju,” katanya.

Demi memastikan persembahan nyanyiannya lebih baik, Zaki turut mempersiapkan diri dengan lebih baik daripada segi stamina.

“Saya memang kena ‘jogging’ untuk naikkan stamina bahkan mak pun marah kalau tidak buat betul-betul. Lagipun ‘key’ lagu itu tinggi dan saya tak boleh buat sambil lewa,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat