vivo lancar V25e dan V25 baharu berprestasi tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar terkenal, vivo memperkenalkan penambahan terbaharu pada siri V iaitu V25e dan V25.

Dilengkapi ciri fotografi terunggul, telefon pintar ini direka sesuai bagi pengguna yang mengekspresikan diri mereka menerusi foto dan video.

Siri V25 terbaharu ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri dengan kamera yang dikuasakan oleh perkakasan berprestasi tinggi dan cekap tenaga di dalam satu peranti bergaya.

Model baharu ini meneruskan warisan siri vivo V untuk merakam detik indah dengan keupayaan kamera unggul dan teknologi pengimejan termaju.

Selain direka bentuk dengan Kaca Fluorite AG Berubah Warna menutupi panel belakang yang menukar ronanya apabila terdedah kepada cahaya UV, peranti ini juga memiliki sistem pemprosesan berkuasa dengan nisbah kecekapan tenaga yang tinggi dan kapasiti yang hebat.

Tambahan teknologi penyejukan terbaharu dan keupayaan pengecasan pantas pula pastinya memberikan pengalaman mudah alih yang tahan lama dan lancar dalam pelbagai keadaan.

Mencerahkan potret pada waktu malam dengan teknologi pengimejan intuitif

Dilengkapi kamera belakang ultra-pengesanan OIS 64MP dengan keupayaan OIS dan EIS yang dipertingkat, V25e dan V25 memberikan pengalaman pengimejan yang  baik dan membolehkan pengguna merakam gambar berkualiti tinggi dengan mudah.

V25 menetapkan piawaian baharu dalam fotografi malam dengan ciri Mod Malam Super, yang memulihkan warna dan kecerahan imej pada waktu malam dengan tepat.

Kedua-dua model ini turut menampilkan Potret Suar Bokeh dengan algoritma bokeh yang dibangunkan sendiri oleh vivo untuk kualiti potret yang lebih baik serta menghasilkan potret luar yang menakjubkan pada waktu malam dan pemandangan dengan lebih banyak sumber cahaya apabila mengambil foto di luar rumah.

Pengalaman penggambaran video yang mudah, menyeronokkan

Dilengkapi mod video Potret Asli yang meningkatkan tekstur dan kejelasan kulit secara keseluruhan, kamera hadapan V25 turut dilengkapi ciri Penstabilan Imej Hibrid (OIS+EIS) yang menjadikan rakaman video lebih jelas dan stabil.

Kedua-dua V25e dan V25 mampu merakam video HD 4K, bersama-sama dengan Video Kecantikan Wajah AI yang membolehkan pengguna mengekspresikan diri semula jadi mereka dalam definisi tinggi.

V25 turut hadir dengan ciri Vlog Filem yang meningkatkan pengalaman penggambaran dengan templat video dan tutorial untuk membimbing pengguna tentang cara merakam dalam senario berbeza serta ciri Potret Pelbagai Gaya yang dinaik taraf dalam kamera hadapan yang menyediakan penapis menyeronokkan dalam meningkatkan pengalaman merakam video.

Ciri Potret Pelbagai Gaya juga membolehkan pengguna melancarkan kreativiti mereka dengan kesan Pergerakan Kabur, gaya baharu yang secara inovatif memisahkan orang daripada latar belakang untuk pengalaman penciptaan potret lebih baik.

Keupayaan autofokus dan algoritma AI terkemuka

Foto dan video yang jelas menjadi pertimbangan utama dan permintaan pengguna yang semakin meningkat apabila mengambil swafoto dan video.

V25e dan V25  mempunyai kamera hadapan 32MP dan 50MP HD dengan keupayaan autofokus dan fokus mata, membolehkan pengguna mengambil imej dan video yang jelas pada bila-bila masa selain kamera hadapan dilengkapi dengan Algoritma AI HD yang mengoptimumkan ketajaman imej dan video.

Rekaan perubahan warna yang inovatif

Memiliki badan 2.5D setebal 7.79mm serta lubang tebuk terletak di bahagian atas kamera hadapan, menjadikan kedua-dua peranti ini selesa di genggaman tangan.

Bagi memastikan telefon kelihatan menonjol, vivo menggabungkan warna terang ke dalam model terbaharunya iaitu Sunrise Gold dan Diamond Black.

Model V25 turut mempunyai warna tambahan iaitu Aquamarine Blue.

Selain itu, vivo mereka bentuk telefon pintar mereka untuk mencetuskan kreativiti dan keseronokan kepada pengguna dengan Kaca Fluorite AG Berubah Warna revolusioner yang membolehkan panel belakang peranti memaparkan warna berbeza pada sudut berbeza apabila terdedah kepada cahaya UV.

Edisi Aquamarine Blue V25 akan bertukar daripada biru laut kepada hijau kebiruan manakala edisi Sunrise Gold V25e dan V25 beralih daripada emas kepada oren kemerahan.

Dikuasakan cipset cekap tenaga

Siri V25 baharu memberikan prestasi yang mantap dan kecekapan kuasa tinggi bagi menyokong pelbagai kegunaan harian penggunanya.

Vivo V25 menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 900 dengan nisbah kecekapan tenaga  tinggi dan RAM 8GB + 8GB RAM tambahan, membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih dan berbilang tugas dengan lancar merentas pelbagai aplikasi.

Model V25 juga menyokong FlashCharge 44W yang boleh mengecas semula bateri sehingga 61 peratus dalam masa 30 minit.

V25e pula dilengkapi pemproses Mediatek Helio G99 dengan kecekapan kuasa yang luar biasa berserta 8GB + 8GB RAM tambahan.

Ia mempunyai storan dalaman 256GB dan membenarkan perluasan memori sehingga 1TB, membolehkan pengguna memuat turun dan menyimpan pada peranti tanpa sebarang kerisauan.

V25e juga menyokong FlashCharge 44W yang mengecas semula bateri 4500mAh-nya sehingga 61 peratus dalam masa 30 minit.

Dapatkan promosi hebat semasa jualan pertama kali siri V25 seperti:

Model V25e

Dengan satu tahun jaminan bernilai sehingga RM199.

Satu tahun perlindungan skrin bernilai sehingga RM249.

Kotak hadiah premium V25e bernilai sehingga RM99.

Model V25

Dengan satu tahun jaminan bernilai sehingga RM199.

Satu tahun perlindungan skrin bernilai sehingga RM249.

Beg kulit galas siri V25 bernilai sehingga RM129.

Layari laman sesawang vivo Malaysia untuk keterangan lanjut.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat