Umno Perlu Gerak Terus Tanpa Najib, Cari Formula Baru Untuk Menang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno perlu cari formula baru dan bergerak terus tanpa Datuk Seri Najib Razak.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kalau pun ‘pengaruh’ Najib penting kepada Umno, parti itu perlu bergerak terus tanpa kehadiran Najib.

“Meski umum maklum Najib mempunyai peranan signifikan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, peranan beliau nampak berkesan.

“Maka tanpa Najib, Umno kena cari formula baru. Umno sebuah parti besar dan akar umbi yang kuat.

“Tanpa seorang pemimpin Umno masih ada pemimpin lain,” kata beliau kepada Suara.TV pada Selasa.

Nik Ahmad Kamal juga tidak menolak mungkin faktor Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipenjarakan sebagai elemen untuk pohon simpati pengundi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan prosedur pengampunan dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan di mana ada sebuah Lembaga Pengampunan di peringkat Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, petisyen akan dibentang untuk dinilai dengan Peguam Negara juga membentangkan pandangan beliau. Lembaga Pengampunan akan menyampaikan nasihat mereka kepada Agonng dan Baginda akan membuat keputusan.

“Tiada jangka masa tertentu ditetapkan oleh undang-undang untuk Lembaga Pengampunan memproses dan membuat keputusan. Terpulang kepada tatacara dan budi bicara Lembaga Pengampunan sendiri.

“Sama ada diterima atau tidak adalah prerogatif Agong sebagai pemegang kuasa pengampunan.

“Juga tiada kriteria yang khusus menentukan petisyen berjaya atau tidak. Bergantung kepada keadaan kes dan budi bicara Agong,” katanya.

kredit gambar: web IIUM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat