Pusat SDG Negara Ditubuhkan Imbangi Aspek Sosial, Alam Sekitar Dan Ekonomi -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat SDG
Negara di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memperkasa dan mempergiat program-program serta memantau kemajuan SDG negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan usaha
gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak agar tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta dipertingkatkan.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (VLR) di peringkat bandaran dan daerah oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan kerajaan-kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri.

“Setiap negeri digalakkan menyediakan laporan ini sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu pada Selasa.

Selain itu, Ismail Sabri menegaskan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diminta supaya segera memuktamadkan rangka kerja pasaran karbon pada penghujung tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk mencapai Agenda 2030 dan memperkukuhkan tindakan mencapai 17 SDG bagi menjadi negara mampan menjelang 2030 dengan melibatkan seluruh Keluarga Malaysia dalam arus pembangunan sosio ekonomi negara.

Perdana Menteri memaklumkan pelaporan kemajuan SDG negara dilaksanakan setiap empat tahun, sejajar dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pembentangan laporan dilakukan secara berkala menerusi Laporan Semakan Kebangsaan (VNR).

“Malaysia telah membentangkan VNR pada tahun 2017 dan 2021 di Forum Politik Peringkat Tinggi Matlamat Pembangunan Mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (High Level Political Forum on Sustainable Development – UN HLPF) bagi memenuhi obligasi negara di peringkat global.

“VNR melaporkan secara inklusif kemajuan dan cabaran negara dalam pelaksanaan SDG di peringkat nasional.

“Mesyuarat turut mengambil maklum akan cabaran dan situasi semasa peringkat global dan tempatan serta kemerosotan dalam pencapaian
beberapa SDG negara ekoran impak negatif pandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat