3292 Usahawan Mikro Terima Bantuan INSKEN Dan AIM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sebanyak 3292 usahawan mikro telah dilatih serta dibimbing melalui kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sehingga Ogos 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, usaha untuk membantu usahawan akan memberi impak yang lebih besar sekiranya ia mendapat kerjasama serta sokongan dari pelbagai pihak melalui jalinan kolaborasi.

“Sejak awal tahun ini, INSKEN telah berjaya menjalankan 67 kolaborasi strategik melalui pelaksanaan program bimbingan serta latihan kepada usahawan mikro yang berada di bawah kawal selia AIM.

“Kolaborasi antara INSKEN dan AIM ini wajar dijadikan contoh dan perlu diperbanyakkan lagi agar lebih ramai dapat menerima bantuan daripada kerajaan khususnya golongan B40 dan usahawan mikro.

Jelasnya lagi kolaborasi antara INSKEN dan AIM ini terbahagi kepada dua kategori iaitu melalui penganjuran program latihan dan program bimbingan.

“Program latihan yang dijalankan adalah seperti Hasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone, Pemasaran e-Marketplace Shopee dan Lazada serta banyak lagi.

“Manakala program bimbingan adalah melalui INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu,” katanya.

Untuk rekod sehingga Ogos 2022, sebanyak 40 program latihan dan 17 program bimbingan telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 1,496 usahawan daripada AIM.

Selain program latihan dan bimbingan, kolaborasi di antara 2 agensi ini turut berjaya melaksanakan Seminar Urus Tunai yang dijalankan di Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM).

Sehingga hari ini, 10 Seminar Urus Tunai telah dilaksanakan yang memanfaatkan 1796 usahawan. Konsultasi perniagaan turut diberikan kepada usahawan AIM melalui Program INSKEN BizClinic.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat