MUDA sertai PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dan menjadi salah satu parti komponen gabungan itu

Perkara itu diputuskan sebulat suara melalui Persidangan Pilihan Raya MUDA yang berlangsung pada Isnin dan Selasa.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.

Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan MUDA dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor Sinar Harian.

“Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara akyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.

“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.

“Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi,” kata Syed Saddiq.

Sementara itu, Malaysiakini pula melaporkan, Ahli parlimen Muar itu berkata, isu pembahagian kerusi di antara MUDA dan PH belum dibincangkan.

Syed Saddiq berkata perbincangan rasmi akan diadakan bersama PH secepat mungkin.

“Seperti saya kongsikan sejak sebaik sahaja tamat pilihan raya negeri Johor, telah ada beberapa siri rundingan tidak rasmi bersama dengan pimpinan tertinggi PH.

“Perbincangan awal penyertaan… ia bukan sekadar electoral pact atau pembahagian kerusi, (sebaliknya) penyertaan PH.

“Tetapi saya tidak boleh berikan komen lanjut sampai telah adanya rundingan rasmi. Di situlah kita akan buat keputusan bersama,” katanya.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz pula berkata, parti itu menjangkakan akan bertanding tidak kurang 15 daripada kerusi parlimen.

Untuk rekod, semalam Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata PH masih belum membincangkan perkara berkaitan kerjasama MUDA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat