Azizulhasni dan Bonnie Bunyau Atlet Terbaik Anugerah Perpaduan 100PLUS SAM 2020/2021

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada majlis Anugerah 100Plus Perpaduan SAM 2020/2021 yang diadakan di ibukota semalam.

Jaguh berbasikal trek berusia 34 tahun itu menewaskan lima calon lain iaitu Lee Zii Jia (badminton), gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Datuk Pandelela Rinong Pamg (terjun) dan Rifdean Masdor (Muay Thai).

Anugerah berkenaan merupakan yang keempat bagi jaguh keirin kelahiran Dungun, Terengganu itu selepas memenangi anugerah yang sama pada 2009, 2017 dan 2019.

Selain pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Mohd Azizulhasni turut mencipta kejayaan meraih dua pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Berlin 2020, masing-masing dalam acara keirin dan pecut.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SAM 100 plus di atas anugerah yang diberikan untuk saya pada tahun ini.

“Saya amat bersyukur dengan anugerah ini dan InsyaAllah ia merupakan pemangkin semangat untuk saya yang masih lagi dalam proses pemulihan untuk mencapai puncak prestasi bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, ” jelas Azizul dalam satu rakaman video mengulas mengenai kemenangannya.

Sementara itu, atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan memburu gelaran berganda apabila sekali lagi muncul Atlet Para Terbaik menerusi kejayaan meraih pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo tahun lalu dengan memecahkan rekod kejohanan dengan angkatan 228 kilogram.

Atlet kelahiran Kuching, Sarawak ini turut memastikan rekod dunia, 230 kilogram menjadi miliknya apabila mengungguli KejohananPiala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali gus merangkul pingat emas acara berkenaan.

Kedua-dua mereka masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ti Lian Ker serta Pengarah Perhubungan Kerajaan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N Holding Berhad, Datuk Raffiq MD Ariff.

Selain itu, Anugerah Khas SAM diberikan kepada dua tokoh hebat dalam bidang sukan negara iaitu Datuk Sieh Kok Chi dan Allahyarham Datuk Zolkples Embong atas jasa dan sumbangan sepanjang hayat mereka kepada kewartawanan sukan negara. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat