Bubar Saja Pejuang, Mari Sertai Umno Semula – Annuar Pelawa Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dipelawa menyertai Umno semula dan membubarkan Parti Pejuang kerana dikatakan tidak berpotensi malah memecah belahkan orang Melayu.

Pelawaan itu dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Tun (Mahathir) bubarkan Parti Pejuang yang tak seberapa itu malah memecah belahkan orang Melayu (dan sudah pasti tak kemana), dan kembalilah pada Umno untuk sama-sama perbaikinya.

“Masih ramai ahli Umno yang menghormati Tun, dan mengenang jasa Tun. Begitu juga pemimpin pemimpin-pemimpin Umno yang lain.
Jasa mereka harus dikenang,” kata Annuar ‘memujuk’ Mahathir kembali kepada parti yang pernah diterajuinya selama 22 tahun itu.

Pun begitu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu membidas kritikan ‘keras’ Mahathir terhadap Umno yang didakwanya bukan lagi Umno yang dulu kerana sudah bertukar menjadi parti perasuah secara total.

“Tun boleh mengecam individu dalam Umno. Baik Datuk Seri Najib Razak atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sesiapa saja Tun pilih untuk tidak bersetuju. Itu hak Tun.

“Namun, jika Tun mahu ‘pukul rata’ dan cuba memusuhi Umno sebagai sebuah parti politik, kita akan menentangnya dan kita akan mempertahankan Umno habis-habisan,” tegas Annuar.

Malah beliau berkata, setiap Presiden Umno, baik bekas atau semasa, malah pemimpin parti mana sekali pun tentu ada kekuatan dan ada kekurangannya masing-masing, malah Mahathir sendiri tidak terkecuali.

“Terlalu banyak jika nak dihuraikan satu persatu. Bermusuh, biarlah berpada pada. Usah melampau.

“Memadai dengan saya nyatakan, jika Tun mahu memusuhi Umno, semata-mata kerana beberapa individu, Insyaallah Tun tidak akan berjaya.

“Walau hanya dengan gigi dan lidah kita ahli-ahli parti akan pertahankan parti ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat