Air Sungai Ketil Melimpah, Baling Dilanda Banjir Lagi

- Advertisement -

BALING – Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir kilat di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu di sini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada 6 petang dan anggota dikerah ke lokasi untuk melakukan tinjauan.

Katanya, setakat ini jumlah mangsa terjejas masih dalam siasatan dan belum ada pusat penempatan sementara dibuka.

“Air Sungai Ketil melimpah dengan cepat dan memasuki rumah penduduk tinggal berdekatan tebing sungai.

“Kita sudah meminta penduduk keluar dari rumah dan ke tempat selamat sekiranya keadaan makin buruk kerana bimbang mereka terperangkap pada waktu malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus memantau keadaan di lokasi berkenaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat