Bekas Ratu Cantik Jadi Gelandangan

- Advertisement -

CARACAS: Wanita ini pernah hidup bergelumang dengan kemewahan dan terkenal selepas dinobatkan Miss Venezuela pada 1973.

Mempunyai wajah dan susuk tubuh menawan membuatkan dia digelar wanita paling cantik di negara itu satu masa dulu.

Damarys Ruiz melalui puncak kejayaan apabila dirinya menarik perhatian ramai ketika berusia 26 tahun.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang mengalami masalah keluarga hinggalah ditemui mati di jalanan sebagai gelandangan, lapor The Sun.

Dia juga memutuskan untuk tidak meneruskan kerjayanya dalam bidang perundangan.

Ruiz tinggal bersama adik-beradik lelakinya dan tidak pernah mempunyai teman lelaki yang baik.

Rakannya mengatakan, adik-beradik lelaki Ruiz iri hati kepadanya hingga tidak memberi kebebasan buat wanita itu.

“Mereka membuat saya kelaparan dan sering mengancam memukul saya.

“Saya berulang kali melaporkan kepada polis tetapi tiada tindakan,” katanya dipetik media sebelum ini.

Tidak tahan hidup diseksa, Ruiz memilih melarikan diri dari rumah pada 2000.

Dia yang tidak mempunyai sebarang tujuan akhirnya menjadi gelandangan di jalanan.

Rosalba Gomes yang mengenali Ruiz dalam dua tahun terakhir bertemu dengannya dua atau tiga kali dalam seminggu.

“Hidupnya berakhir dengan kemurungan teruk tanpa mendapat sokongan dari keluarga dan rakannya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat