Peruntukan Kerusi Ditandingi PKR Dalam PRN Sabah Sangat Kecil – Saifuddin

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak...

Nizam kuarantin dua minggu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin. Dalam perkongsian menerusi...

Tak sorok nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya. Sebelum ini, desas-desus yang...

Najwa Shihab ‘interview’ kerusi

Hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya, Mata Najwa,...

KOTA KINABALU – Jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini sangat kecil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Sangat kecil, sangat kecil, untuk Keadilan (PKR) punya (jumlah kerusi) sangat kecil,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Sabah di Kota Kinabalu, hari ini, semasa ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk PKR pada PRN itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan isu pembahagian kerusi akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon Sabtu depan bersama-sama parti-parti dalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau perebutan kerusi.

Saifuddin Nasution berkata isu pembahagian kerusi turut dibincangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam pertemuan tertutup di Kota Kinabalu, hari ini.

“Kita perlu juga mengambil kira kawasan-kawasan yang ada penglibatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Amanah atau DAP dan itu lumrah dalam mana-mana proses perundingan kerusi,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata PKR juga mengambil kira dan melihat keperluan untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Pada PRU14, PKR bertanding di lapan kerusi dan menang di dua kerusi iaitu di Dewan Undangan (DUN) Api-Api dan DUN Inanam. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...