Satu Lagi Cabaran PRN Sabah Di Mahkamah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kedudukan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah masih terumbang-ambing berikutan dua kes cabaran mahkamah yang masih dalam peringkat Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Esok, Mahkamah Rayuan akan bersidang untuk memutuskan sama permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi dan Persuruhjaya Kehakiman Sabah mengenai keputusan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah (TYT Sabah) akan diterima atau ditolak.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai 2020 lalu adalah sah.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin – membubarkan DUN.

Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.

Namun kumpulan 33 Adun ini telah melakukan rayuan dan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Yaacob Md Sam menetapkan esok sebagai tarikh penghujahan dan keputusan.

“Kami menetapkan 7 Sept untuk mendengar permohonan bagi penangguhan, dan juga hari yang sama untuk mendengar rayuan bagi membenarkan pihak yang terlibat mengemas kini afidavit,” kata Hakim Yaacob.

Adalah sukar untuk 33 Adun ini mempertahankan hujahan mereka kerana dari segi undang-undang apabila Ketua Menteri memohon pembubaran DUN, maka ia memberi kuasa kepada TYT untuk membubarkannya.

Kes Musa Aman Lawan TYT dan Shafie Apdal
Namun ada satu kes Mahkamah yang lebih penting iaitu Musa Aman lawan TYT dan Shafie Apdal.

Mahkamah Persekutuan minggu lalu telah menyatakan bahawa isu Perlembagaan Negeri mengenai kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk menyingkirkan Ketua Menteri yang sedang berkhidmat dan dilantik secara sah perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakimannya menyifatkan alasan Mahkamah Rayuan menolak saman musa atas alasan ia telah bersifat akademik berikutan pembubaran DUN Sabah

Dalam penghakiman 34 halaman, Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata merit rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu didengar mengikut kepentingan Perlembagaan Negeri dan kepentingan awam dan bukannya ditolak atas alasan bersifat akademik.

“Sudah diketahui umum bahawa ini bukan kali pertama rakyat Sabah menghadapi kemelut politik dan krisis perlembagaan seperti ini, dan ini bukan yang terakhir jika tidak diselesaikan oleh mahkamah ini,” katanya.

Abdul Rahman berkata amat penting bagi Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada kedudukan undang-undang sebagaimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes ini, merupakan kedudukan undang-undang yang betul.

Kes ini lebih penting kerana inilah kali pertama berlaku TYT telah menyingkirkan seorang Ketua Menteri yang sedang berkhidmat tanpa melalui proses biasa.

Dalam kes Menteri Besar Perak Mohamad Nizar Jamaluddin diganti oleh Tuanku Sultan Perak setelah beliau mengadap Istana memaklumkan telah hilang sokongan majoriti dan memohon pembubaran DUN Perak.

Dalam kes Musa Aman, hujahan yang digunakan ialah TYT tidak pernah dimaklumkan mengenai kehilangan sokongan majoriti Ketua Menteri sedia ada sebelum menggunakan kuasa budi bicara untuk melantik Ketua Menteri baharu atau membubarkan DUN.

Jika pelantikan Shafie Apdal tidak mengikut perlembagaan negeri, maka nasihat Shafie Apdal kepada TYT untuk membubarkan DUN dengan sendirinya tidak sah. Ini kerana TYT hanya boleh membubarkan DUN dengan nasihat Ketua Menteri yang sah atau dalam keadaan tiada pihak yang mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

Jika salah satu kes ini memihak kepada Musa, maka kemungkinan Pilihan raya Negeri Sabah pada 12-26 September 2020 dibatal atau ditangguhkan sangat tinggi.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat