Krisis Air Selangor, UMNO Bersama Rakyat – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memandang serius kesalahan berulang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebabkan sumber bekalan air rakyat tercemar.

Ini kata beliau – seperti dipetik dari laman Facebooknya, sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali memandangkan ianya merupakan kejadian kedua daripada kilang penyelenggaraan jentera berat yang sama, di mana sebelum ini pemilik premis berkenaan pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan yang sama iaitu mencemarkan sungai di Selangor.

Kejadian ini jelas beliau lagi, boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk sabotaj bekalan air negara ini seharusnya memberikan satu mesej yang kuat kepada kerajaan negeri Selangor khususnya dan juga kerajaan Persekutuan betapa undang-undang yang sedia ada ini tidak memadai dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan hak rakyat untuk menikmati akses bekalan air yang bersih untuk kegunaan harian.

Zahid turut mengingatkan tentang salah satu daripada lapan (8) hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif dan kesihatan yang baik. Maka keselamatan dan kesihatan rakyat berpunca dari sumber air yang bersih wajib dijaga tanpa sebarang kompromi.

“UMNO mendesak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meminda undang-undang sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 atau menggubal undang-undang baharu bagi perkara berikut:

a) meningkatkan denda dan kompaun yang lebih tinggi iaitu sepuluh (10) kali ganda daripada kos pembersihan pencemaran air sungai tercemar.

b) Pemilik premis atau syarikat termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat dikenakan hukuman penjara mandatori dan sebatan kerana sabotaj bekalan air negara.

c) Lesen perniagaan syarikat berkaitan dibatalkan dan pemilik premis atau pemilik syarikat perniagaan termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat disenarai hitam dari menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun”.

Berkaitan penahanan dan pendakwaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 430 Akta Kanun Keseksaan melibatkan pemilik premis yang disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah, ia adalah sesuatu yang wajar kata Zahid.

“Namun UMNO juga menggesa pihak berkuasa agar pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan mereka yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan”, jelas beliau lagi.

Tambahan, pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat berkenaan juga perlu disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tindakan tegas perlu diambil kerana mensabotaj serta mencemarkan Sungai di Selangor ini, katanya.

UMNO jelas Zahid, sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa jua isu yang bukan sahaja menyahkan hak rakyat bahkan memudaratkan keselamatan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Rakyat berhak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih, sihat dan selamat!”, Tegas Zahid diakhir hantarannya itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat