‘Berguru’ di pentas teater

- Advertisement -

NAMA pelakon Indonesia, Reza Rahadian semestinya tidak asing lagi dalam kalangan penggemar filem di negara ini kerana dia cukup sinonim beraksi di layar perak.

Biarpun sekitar 13 tahun Reza aktif memahat kerjaya seni di negaranya, aktor kelahiran Bogor ini ternyata berjaya membuktikan bakat sebenar yang dimiliki.

Boleh dikata, berikan apa saja watak untuk dilakonnya pasti persembahan Reza tidak menghampakan, malah banyak filemnya yang popular di Malaysia.

Antara filem lakonan Reza yang cukup menarik perhatian penonton di negara ini ialah Perahu Kertas, Habibie & Ainun, Tenggelamnya Kapal van der Wijck, My Stupid Boss, Rudy Habibie, Surga yang Tak Dirindukan 2, My Stupid Boss 2 dan Habibie & Ainun 3.

Oleh itu, kalau dihitung pembabitan Reza di layar lebar dari dulu hingga kini, dia sudah mampu mendabik dada dengan pencapaian diperoleh apabila sudah membintangi lebih 50 filem.

Malah, menarik dan dianggap hebatnya Reza sebagai pelakon, apabila pernah membolot Piala Citra yang menjadi impian kebanyakan pelakon di Indonesia sebanyak empat kali.

Reza, 33, dalam temu bual video di saluran YouTube milik Helmy Yahya baru-baru ini, tampil berkongsi kisah perjalanan kerjaya seninya yang bermula sekitar 2004.

Malah, pada wawancara itu, Reza juga memaklumkan dia memberanikan diri untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan ketika berumur 16 tahun dan beraksi di pentas teater.

“Pertama kali, saya belajar berlakon ialah di teater. Ketika itu, saya dan keluarga menetap di Balikpapan, Kalimantan kerana mengikut ibu yang bekerja dengan syarikat cari gali.

“Diakui, pentas teater banyak membantu melatih dan mengajar saya teknik lakonan yang baik. Saya sangat bersyukur mendapat pendedahan awal berlakon di situ (teater),” katanya.

Ujar pemilik nama sebenar Reza Rahadian Matulessy ini lagi, apa yang sudah dicapainya sekarang adalah kejayaan yang dinikmati di atas segala usaha dilakukan.

Mengaku juga dia banyak menghadiri sesi uji bakat lakonan, Reza berkata dia pernah menyertai pertandingan pencarian model untuk menjadi penghias kulit depan majalah.

“Saya amat aktif mencari peluang untuk terbabit dalam lakonan selepas keluarga kembali menetap di Jakarta. Ketika itu, saya tak pernah berasa jemu untuk menghadiri sesi uji bakat diadakan.

“Masih diingat lagi, saya akan mengikuti apa saja sesi uji bakat dianjurkan sekitar Jakarta, ketika itu termasuk turut serta bertanding di pentas peragaan,” katanya.

Seorang yang merendah diri, Reza juga pernah membintangi siri asal terbitan HBO Asia yang bergenre misteri seram iaitu Halfworlds dan Halfworlds 2 dari 2015 hingga 2017 untuk dua musim.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat