‘Saya sekarang Atiq Azman’

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

KUALA LUMPUR: Sebelum ini dikenali dengan nama Raja Atiq, pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Nur ini bertekad menukar nama komersial bagi mengelak peminat keliru.

Atiq atau nama sebenar, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah mahu dikenali dengan nama komersial, Atiq Azman mulai sekarang.

“Saya mahu dikenali dengan nama Atiq Azman. Saya tak mahu lagi mengundang kekeliruan dengan pelakon, Raja Afiq.

“Beberapa kejadian pernah berlaku termasuk poster yang dibikin memaparkan gambar saya, tetapi nama Raja Afiq disebut pada acara sebuah stesen radio.

 

 

Atiq tidak mahu peminat keliru antara dirinya dengan Raja Afiq lalu menukar nama komersial kepada ‘Atiq Azman’. Foto IG Atiq Azman
Atiq tidak mahu peminat keliru antara dirinya dengan Raja Afiq lalu menukar nama komersial kepada ‘Atiq Azman’. Foto IG Atiq Azman

 

“Ramai menganggap saya dan Raja Afiq ada pertalian darah. Ada yang ingat, dia abang saya,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, finalis Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 32 ini masih menerima jika ada yang terus memanggilnya dengan nama Raja Atiq.

“Saya tak kisah jika nak panggil nama apapun. Tetapi, saya mahu menggunakan Atiq Azman sebagai nama komersil,” katanya yang memegang watak Amirul dalam drama rantaian Nur.

Atiq berkata, watak Amirul memberi impak besar buat dirinya.

“Drama Nur melonjakkan nama saya sebagai pelakon. Impaknya cukup besar hingga hari ini.

“Nama Amirul sinonim dengan saya hingga pernah ada yang menjerit panggil saya Amirul di khalayak ramai,” katanya.

Atiq berkata, dia mendamba peluang bergelar hero untuk slot utama.

“Bagaimanapun, saya berpijak pada bumi nyata dan reda apa sahaja tawaran diberi. Watak pembantu dan kecil sekalipun, saya tak menolak.

“Bohonglah jika tiada keinginan bawa watak utama. Tetapi, takkan nak ‘demand’ dengan pengurusan minta watak besar.

“Saya anggap ini ruang terbaik untuk menimba pengalaman dan memperbaiki kelemahan diri. Saya tak mahu terima sesuatu tawaran tetapi menyusahkan pihak produksi.

“Biarlah saya perlahan-lahan ‘kayuh’. Apabila sudah bersedia, pasti saya sahut cabaran,” katanya.

Atiq berkata, dia akhirnya mencabar diri membawa watak orang kurang upaya (OKU) selepas beberapa kali menolak watak sedemikian.

“Selepas tiga kali menerima tawaran berlakon watak OKU daripada produksi berbeza, akhirnya saya sahut cabaran.

“Saya melunaskan penggambaran telefilem yang memerlukan saya bercakap gagap dan tidak terurus. Saya tengok Naim Daniel boleh membawa watak OKU dengan baik, apa salahnya saya mencuba.

“Insya-Allah, saya mahu cuba membawa watak ganas, aksi bertarung atau antagonis pula jika diberi peluang. Begitulah juga melangkah ke pentas filem.

“Walaupun ada cakap muka saya hanya sesuai watak baik dan budak pejabat, saya akan buktikan,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...